tips

7 tips penting yang anda perlu tahu sebelum memakai contact lense

02:43

Zaman sekarang ni banyak je orang yang pakai contact lense. Siap berwarna-warni. Tapi kan, kalau tak jaga betul-betul, boleh bikin sengsara dibuatnya.

Dulu saya pernah pakai contact lense beberapa kali je. Rasa tak selesa. Macam tak lengkap hidup bila tak pakai spek. Mungkin sebab mata dah terbiasa berspek kot.

So, di sini saya nak cerita tentang tips memakai contact lens. Bagi adik-adik yang baru nak try pakai, silakan hadam tips ini dulu ya.

1. Pastikan tangan bersih sebelum memegang contact lense.

Kotla tadi ada makan nasi lemak. Cuci tangan pulak ala kadar. Meranalah dik oi bila kau pakai contact lense tu.

2. Biasakan pakai cobtact lense di atas kain bersih.

Yang ni orang selalu culas. Logiknya adalah kalau lense tu terrrrjatuh, ia masih jatuh atas permukaan bersih. Takdelah naya kita nanti. Lagipun senang nak cari bila jatuh.

3. Pakai contact lense sebelum bersolek. Jangan lupa tanggalkan sebelum sesi pembersihan wajah dilakukan.

Bab ni tak reti cerita lebih sebab i tak bermekap wuwuwu.

4. Simpan contact lense dalam bekas bertutup yang bersih dan kering.

Sebolehnya takmau ada habuk pun yang melekat. Gitew.

5. Dapatkan rawatan mata di klinik sekurang-kurangnya sekali setahun.

Follow up dengan doktor bertauliah ni penting supaya kita tahu yang contact lense itu tak memudaratkan kita.

6. Bersihkan contact lense secara rutin dengan larutan garam atau pil protein.

Yang ni pun penting supaya dapat elakkan protein termendap pada contact lense tu.

7. Kalau sedang gunakan pengering rambut, ataupun ketika angin bertiup kencamg, silakan mengerdip mata dengan lebih kerap.

Ini untuk elakkan lense menjadi cepat kering. Jika mata kita jenis sensitif, boleh cuba gunakan solution yang dikhaskan.

Sekian sharing buat kali ini.

Bacalah lagi sekali 7 tips di atas jika anda sedang memakai contact lense mahupun sedang merancang nak pakai.

Sekian,
gja

You Might Also Like

0 comments