Raya sekarang dah tak sama

16:06

Beza sangat raya dolu2 dengan sekarang.

Dulu waktu kecik2, dua-tiga hari nak raya, dah mula balik kampung. Meriah je. Budak2 kan, raya je memang seronoklah, dapat balik kampung, jumpa sepupu sepapat yang lebih kurang sebaya. Ada geng gosip.

Dulu bila raya, semua ahli keluarga (adik-beradik 8 orang) mesti ada. Ye la kan, budak lagi, ikut mak ayah je la.

Dalam famili, ada 3 orang yang belajar di oversea, saya di Jepun, kembar di Australia, adik di Jordan.

Maksudnya?

Dah start raya tanpa ahli yang lengkap. Sekejap saya takde, sekejap kembar takde, sekejap adik pula yang takde.

Dulu bonda selalu cakap,

"Suatu masa nanti, kita dah tak macam ni (ramai2) dah. Nanti sorang demi sorang takde. Dah kahwin nanti, mestila ada juga kena beraya rumah mertua."

Saya diam je waktu tu. Tapi ayat tu saya ingat sampai sekarang.

Sebak.

Gambar ni raya tahun lepas.
Semua ada kecuali kakak saya, yang beraya di rumah mertua. Tahun ni pun dia takde, beraya di Madinah. Dia dapat kerja di sana.

Sekarang saya dah kahwin, tahun ni giliran beraya rumah mertua.

Lain.

Lain sangat suasana.
Keluarga mertua layan baik je.
Saya je yang rasa janggal.

Famili suami ramai lelaki.
Maksudnya, saya takde geng nak gosip2 dah.

Berkawan dengan mak mertua je la. Dia suka bersembang, segala cerita orang kampung saya jadi tau. Korek sikit je, mesti dapat tahu banyak kisah. #eh

Kak ipar ada seorang, tapi jarang jumpa.
Biras pun seorang perempuan, pun jarang jumpa.

Jadi bila balik kampung, memang sunyila saya. Sob sob... Bila raya, lagila terasa.... Iskk...

Sebak pula.

Malasla nak cerita. Hui hui hui~

Sekian, itulah beza raya dulu dan sekarang.

Ibarat kata bonda,

"Life goes on, u redah je."

#rayastori
#tsunamishaklee

You Might Also Like

0 comments