santai

Tips untuk dapatkan tidur yang berkualiti

07:00

Salam all~
Lena ke tidur malam tadi?
Ada yang lena, ada yang tidak. Bahkan, ada je antara kita yang insomnia.
Saya pernah dilanda insomnia.
Memang penat dan stres.
Badan yang penat seharian, jadi bertambah  penat bila tak dapat tidur yang lena. Lagi boleh bikin ngamuk kalau insomnia.
Kronik.
Kali ini, saya nak kongsi beberapa tips untuk dapatkan tidur berkualiti yang disarankan oleh seseorang daripada University of Illinois, Joan Shaver, Phd.
1. Amal jadual tidur
Kalau pukul 10pm, maka pastikan sebelum pukul 10pm, kita dah sedia untuk tidur. Ini penting supaya badan dapat setting 'alarm' untuk waktu bangun kita.
2. Elak makan sebelum tidur
Apabila kita makan, otak akan dapat signal untuk memproses makanan. Ini menyukarkan untuk kita tidur.
3. Minum susu panas sebelum tidur
Memang melegakan dan mujarab. Saya selalu buat petua ni. Ada seseorang pernah cerita yang sebenarnya kita akan mudah tidur bila suhu badan menurun. Untuk turunkan suhu badan adalah susah, jadi bila minum susu panas, suhu badan akan naik sedikit dan kemudiannya menurun ke suhu asal badan. Bila suhu turun, maka mudahlah untuk tidur.
4. Siapkan kerja sebelum tidur
Supaya takde nak fikir-fikir serabut kepala, hingga menyukarkan untuk mudah tidur.
5. Posisi tidur
Tinggikan bantal untuk pastikan kepala lebih tinggi daripada dada, dipercayai dapat bagi perut selesa. Oh ya, bantal peluk juga dapat memberi keselesaan untuk tidur.
6. Pastikan bilik tidur bersih
Bilik tidur yang bersih dan tidak lembap dapat bagi keselesaan. Suasana tenteram dan nyaman juga turut membantu. Boleh juga gunakan aromaterapi seperti bauan lavender untuk bangkitkan rasa nyaman.
7. Imaginasi
Bayangkanlah sesuatu yang menggembirakan untuk bagi rasa tenang. Contohnya pemandangan rumput kehijauan, awan yang memutih dan laut yang indah. Ini dapat bagi kita rasa di awang-awangan, lalu mudahkan untuk terlelap.
Bagi yang beragama islam, jangan lupa baca doa tidur. Mintalah Allah mudahkan kita tidur dan bangun nanti. Dialah yang menjaga kita semua. Amalkan berwuduk sebelum tidur. Bukan susah pun.
Moga dapat tidur yang berkualiti.
Bahasa cantiknya, tidur yang barakah.
Moga berjaya.

You Might Also Like

0 comments