PRODUK : HERBAL BLEND

Testimoni Herbal Blend Shaklee untuk kulit kena 'makan air'

11:59

Siapa yang kenal saya, pasti tahu.

Jari kaki saya agak rapat-rapat, terutama pada jari manis dan kelingking.

Sejak sekolah menengah, jemari kaki saya diserang 'makan air' iaitu bila dibiarkan basah, akan menggelupaslah kulit di kawasan tersebut.

Paling best, kawasan antara jari manis dan kelingking itu terhakis, terhakis dan terus terhakis. Sadis sungguh.

Makanya, saya memang amalkan lap jemari tiap kali lepas mandi mahupun selepas keluar tandas.
Pendek kata, takleh dibiarkan basah.

Ketika saya berada di Jepun, yakni negara 4 musim, saya amatlah tertekan pada musim sejuk.

Kenapa?

Sebab cuaca yang sejuk tak hengat, membuatkan kaki sentiasa pakai stokin. Sepanjang masa. Stokin tebal pulak tu.

Cuaca sejuk, nak taknak memang akan guna heater untuk panaskan badan.

Makanya, kaki saya akan berpeluh, sekaligus menyebabkan kulit kaki saya terhakis lagi.

Kaki dalam stokin.

Saya memang malas nak buka stokin untuk nak lap peluh. Gila kauuu nak bukak stokin musim winter?

Hasilnya?

Kulit kaki di antara jari manis dan kelingking makin terhakis hingga darah-darah. Yessss ianya luka.
Kemudiannya, untuk bertahan, saya pun gulung-gulung je tisu, letak antara jari tu, untuk elak rasa sakit.

Layan je lah darah tu. Dah taktau nak buat apa. Letak minyak gamat pun macam takde kesan.

Di Malaysia, cuaca yang panas buatkan kaki saya semakin baik (takde luka sangat, cuma masih terhakis bila berpeluh atau kena air).

Tapi, bila berada dalam persekitaran ber-aircond, dan saya berstokin, maka jemari masih akan terhakis dan luka. Yeees, pedih tau.

Saya mula mencuba Herbal Blend ni, yang katanya bagus untuk masalah kulit.

Tiap malam sebelum tidur, saya akan sapu pada jemari kaki. Rajin sungguh. Peh.

Saya mula perasan yang kesan hakisan pada kulit dah makin berkurangan.

Sesekali (baca : selalu juga) datang rasa malas, saya pun tak sapulah.

Dan saya perasan yang bila tak sapu herbal blend , hakisan itu jadi kembali.

Pendek cerita, hingga ke hari ini saya masih gigih menggagahkan diri sapu je tiap hari. Selain selalu laaaaaap je kaki tiap kali lepas ke tandas. Takmau biar basah.

Kaki makin baik.

Doakan saya rajin untuk lap jemari dan sapu herbal blend ni.
Sekian testimoni sendiri.

Eh, rajin pulak i menulis panjang.

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.