CERITA KEHIDUPAN

Pengalaman ulser mulut

15:46

Salam all~

Di musim panas berbahang ini, memang selalulah kita rasa haus dek dehydrated.

Kipas angin pun tak berapa mampu menyejukkan. Angin dari kipas pun angin panas, terpaksa layankan je.

Bil elektrik yang dinaikkan kadar juga makinlah membahangkan suasana.

Eh? Haha... Memang gitu pun kan. Ngaku je le. Kalau tak, takdelah kecoh kat mukabuku segala.

Bila cuaca panas, selalu jugalah kena ulser mulut. Ada orang panggil mata ikan.

Ianya terjadi dalam mulut di bahagian bibir, lelangit, boleh jadi juga lidah. Rupa seakan benjolan bawah kulit atau kawah (kalau dah pecah) berwarna putih atau kuning, sekelilingnya pula berwarna merah.

Sakit? 

Yesss, ada sesetengah orang sampai tak boleh makan sebab terlalu pedih.

Banyak je punca yang menyumbang kepada masalah ulser mulut seperti :

- cuaca panas
- tergigit lidah / luka dalam mulut
- stres
- alahan makanan
- alahan ubatan

Selalunya, bila ada ulser mulut, saya akan sapu bonjela pada ulser tersebut. Rasa agak pedih tapi berangin. Berkesan juga lah.

Sejak diperkenalkan dengan 'oral aid' oleh kawan saya, saya pun mula berjinak-jinak menggunakannya. Mudah didapati daripada mana-mana farmasi.

Oral aid ni akan buat kita rasa kebas iaitu tak sakit. So bolehlah kita makan minum sesuka hati tanpa risau rasa sakit.

Saya ingat lagi waktu studi di Jepun dulu, yang tiap kali balik Malaysia untuk bercuti, pasti akan beli stok orail aid ni dan dibawa ke Jepun. Musim panas di sana amatlah berbahang okei.

Oh ya, selain tu, kita digalakkan minum banyak air kosong. Bila badan panas, memang senanglah dapat ulser mulut ni.

Seboleh mungkin, saya elak badan daripada jadi dehydrated. Kalau dah kena, memang sadis sungguh. Pernah juga beberapa kali berkumur dengan air garam. Pedihnya amat best. Wahaha... 

Untuk mengubati ulser dari dalam, moleklah kiranya amalkan pengambilan vitamin c. Vitamin c ni sebenarnya bagus untuk rawat luka selain boleh boost sistem imun supaya efektif.

Amalan ambil vitamin c ni sebagaivikhtiar sahaja, yang pasti Allah yang berkuasa melindungi kita daripada sebarang penyakit. 

Hopefully kita sentiasa sihat riang ria tanpa penyakit.  

Kalau ada yang nak try vitamin c ni, bolehlah hubungi saya ye.


You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.