Mula kenal pada 2009.
Satu kelas apa entah, di universiti di Jepun.
Kenal biasa2 je.
Entah macam mana, jadi makin rapat.
Selalu jumpa di Lawson, sambil minum kopi, sambil sembang topik macam2.
Selalunya akan berakhir dengan topik agama.
Melalui beliaulah saya makin tahu tentang kristian ortodoks, zaman pemerintahan stalin dan lenin di German, penindasan oada sebarang bentuk agama di sana.
Melalui beliau jugalah saya tahu details tentang bahaya nuklear yang tersebar ke kampungnya hingga mengakibatkan banyak kematian.
Bahaya yang diketahui oleh kerajaan, tapi dirahsiakan atas alasan kampungnya jauh di pedalaman.
Seorang yang amat pentingkan manner dan family.
Beliau pernah jemput saya menulis memperkenalkan islam di sebuah website komunuti russian, dia kata tak pernah jumpa orang islam yang open minded macam saya, saya sempat menulis sekali dua artikel, tapi beliau dikritik hebat oleh kawan2nya sebab percaya dengan orang islam yang muda lagi pulak tu (saya la tu). Tapi beliau diam je tak bercerita, takut saya kecil hati. Tapi saya tau jugak, google translate kan ada... hihi. Pastu saya stop menulis di situ.
Walaupun gitu, kami still berkawan, mak ayah beliau pun dah jumpa dengan mak dan adik2 saya di Malaysia.
Saya jemput beliau datang ke majlis kahwin pada 2014, tapi beliau tak dapat datang sebab ada urusan.
Sebagai ganti, beliau datang bersama suaminya ke Malaysia pada 2015 semata-mata untuk memenuhi jemputan kahwin saya yang tak kesampaian pada 2014.
Beliau suka Melaka.
Seronok benor dapat minum #coconutshakebatuberendam .
Hingga sekarang, kami masih berhubungan.
Seronok dapat kawan begini.
Rindu beliau.
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.