doa

Impian lama disuburkan kembali.

11:56

Assalamualaikum semua...

Kalaulah ada seorang dua yang datang jenguk blog ni, pun saya dah bersyukur sangat.

Tahun ini sudah pun 2016, hampir separuh tahun dah. Umur pun dah makin meningkat.

Saya suka menulis. Tapi sejak bfg pada tahun 2013, dan disibukkan dengan kerja (ewah kau alasan), maka saya pun dah tak berapa menulis. Konon nak biasakan hidup di Malaysia dulu. Ceh, hampeh je.

Untuk beberapa entri terdekat ini, saya menjangkakan ia akan amat caca marba atas keserabutan yakni banyak sangat perkara dalam kepala untuk dikongsi tapi tak tau nak susun macam mana.

Lately, saya dah rasa nak betul-betul menulis di blog ini, berkongsi segala macam cerita, rasa mahupun pendapat. Saya perasan yang bila menulis, saya akan lebih tenang dan seakan matang sedikit. Tak tahulah nak cakap macam mana, tapi itulah yang saya rasa.

Tolong doakan saya dapat menulis banyak-banyak perkara, yang seterusnya bawa manfaat pada diri sendiri mahupun orang lain. Tak banyak, sikit pun jadi lah.

Doakan ya?

Saya ada banyak cerita.

Tunggu tau~

You Might Also Like

0 comments