CERITA KEHIDUPAN
Lelaki tua ini hulurkan tangan untuk memimpin isterinya, tapi tak dipedulikan. Apa yang berlaku seterusnya amat menyentuh hati.
01:36
Latar Tempat : Tempat duduk (kerusi)
Latar Masa : Tunggu giliran jumpa doc
Latar Masa : Tunggu giliran jumpa doc
Ada sepasang warga emas, suami berambut putih berkopiah. Isteri bertudung kemas, cantik je silang tudung siap berkerongsang.
Suami pegang kertas/kad yang ada tulis nombor bilik doc, mata melilau cari lokasi bilik tersebut.
Isteri pegang payung, oh rupanya dijadikan sebagai tongkat, jalan terketar-ketar.
Suami macam nak cepat, mungkin takut terlepas nombor giliran. Orang tak ramai sangat, kemungkinan nombor dipanggil agak tinggi.
Sambil-sambil nak cepat mata melilau, sebelah pegang kertas/kad, sebelah lagi dihulur ke belakang. Kufikirkan kenapa... rupanya nak pimpin tangan si isteri yang duk terketar jalan.
Isteri macam takmau atau mungkin tak perasan dek fokus tengok kaki dan payung waktu jalan (pandang bawah).
Bila isteri macam tak sambut huluran tangan, suami tu cakap
"Tengok tu, " sambil tunjuk kat lantai.
Oh, ada gap sikit di lantai (seperti gambar). Saya taktau nak sebut apa, tapi dalam Japanese dipanggil 'dansa'. Peh, cakap Jepun.
Suami cuba juga hulur tangan lagi kat isteri.
Tapi isteri masih duk pandang kaki sendiri sambil jalan terketar-ketar. Jalannya agak lambat.
Suami sebut
"Tu... tu..." sambik jari menunjuk bawah, mata sesekali pandang isteri, sekilas lagi duk cari lokasi bilik doktor, sekilas lagi tengok skrin nombor giliran.
Isteri angkat muka pandang suami, kemudian pandang gap lantai yang ditunjuk.
Jalannya terhenti seketika. Mungkin sedang hadam maklumat yang disampaikan suami.
Isteri sambung jalan terketar-ketar cuba melepasi gap tersebut. Suami perhati je. Beliau berdiri dalam seinci je dari isteri. Rapat, mungkin takut isteri tersadung.
And yeaaah~
Isteri berjaya melepasi gap tersebut.
Suami pun cepat pandang depan untuk cari lagi lokasi bilik doc.
Isteri pun follow belakang, jalan bertongkatkan payung.
Sekian cerita sebabak.
---
Taktaulah kalian rasa apa, tapi saya nampak moment itu amat sweet.
Ini kot yang dikatakan setia hujung nyawa?
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.