Assalamualaikum.
Saya berfikir beribu kali untuk bercerita tentang ini mahupun tidak.
Memikirkan yang cerita ini mungkin boleh jadi semangat buat wanita di luar sana, maka saya memilih untuk berkongsi cerita.
Banyak je cerita yang wanita susah untuk dapat kerja sekiranya mengandung. Ada juga interviewer yang masukkan soalan family planning ketika interview. Sadis kan?
Cerita saya bermula begini...
Dulu saya berkerja di sebuah kilang automotif.
Waktu saya buat keputusan berhenti kerja, ada orang yang cakap,
"Awak akan menyesal, sebab ini company bagus."
"Awak tak boleh survive di luar sana."
Saya redah juga.
Notis 24h saya hantar, selepas 1bulan menghantar notis 2bulan.
Tak sesabo nak berenti, ada sebabnya. Tak sanggup dah tunggu habis notis.
Ada beberapa sebab mengapa saya buat tindakan drastik. Biarlah saya simpan kemas-kemas memori itu. Bagi sesiapa yang kenal saya, pasti tahu kisah yang terjadi. Yang tahu tu, tahulah. Saya tak berhasrat nak cerita pada umum.
Yang pasti, notis 24h itu adalah untuk maruah saya. Yes, saya berasa terhina jika terus kekal di syarikat lama.
Siap ada orang hantar mesej, kutuk perbuatan saya.
Katanya saya fikirkan diri sendiri je.
Dalam hati saya jawab, tak ada orang yang akan fikir tentang diri kita, melainkan kita sendiri.
Apa ada hal?
Nekad.
Sebab?
Saya tahu dan percaya yang rezeki adalah milik Allah, diatur Allah untuk setiap hamba, selagi masih bernyawa.
Memang saya tawakal je.
Ada orang pesan, rezeki sudah diatur sebelum kita lahir ke dunia.
Buat apa yang Allah suka, pasti Allah jaga.
Kun fayakun.
Tak sampai 2bulan saya berhenti kerja, saya diterima masuk ke sebuah company lain.
Allah ya Razzak...
Pada hari buat medical checkup untuk kemasukan ke company baru, saya disahkan mengandung 5weeks. Setelah 10 bulan berkahwin. Tertunggu-tunggu juga, bila masanya untuk mengandung. Puas menangis tiap kali datang bulan, tapi tak kunjung tiba.
Rupanya Allah nak bagi pada masa yang sesuai, berpakejkan pelajaran tentang rezeki.
Allah yang Maha Kaya...
Laporan medical check up dihantar ke company baru.
Cuak juga, kalau-kalau saya tak dapat kerja tersebut. Yelah kan, mana ada syarikat nak ambil orang mengandung sebagai PEKERJA BARU.
Lagipun waktu interview minggu sebelumnya, dengan yakinnya saya cakap yang saya tak mengandung. Kang nanti management fikir yang saya tipu. Padahal memang tak tahu pun yang saya dah mengandung waktu interview tu.
Bimbang juga ye.
Walau risau, saya tetap panjatkan doa :
"Wahai Tuhan yang Maha Tahu, dengan kebaikan yang ada pada anak yang aku kandung, kurniakanlah aku rezeki kerja ini jika ia baik bagiku. Jika tidak, sediakan aku untuk redha akan ketentuanMu. "
Guess what...
Management company baru memutuskan untuk MENERIMA kemasukan saya sebagai pekerja baru.
Yesss, seorang wanita mengandung diterima masuk sebagai PEKERJA BARU.
Allah ya Wahhab...
Saya adalah orang pertama yang diterima masuk ke company itu dalam keadaan mengandung. Semua yang dalam company tu terkejut, tak habis-habis tanya, 'Betul ke kau mengandung, boleh pulak masuk kerja baru.'
Alhamdulillah ala kulli hal...
Rezeki itu milik Tuhan.
Dia yang Maha Kaya, Tuhan itu jugalah yang Maha Memberi.
Sejak kejadian itu, saya makin percaya, bahawa sememangnya rezeki tak pernah salah alamat.
Benarlah anak itu datang dengan rezekinya tersendiri.
Kita je yang selalu ragu-ragu.
Yakinlah yang Allah pegang rezeki kita, okay?
9 comments
assalamualaikum...... sy nurul........ sy pun nak sangat2 keluar dr tempat sy kerja skrg........... di saat sy tekad nk berhenti saat ini juga sy di sahkan hamil 5w...... dalam dilema saya ada ke company di luar sana nak terima org mcm saya...... ����
ReplyDeleteInsyAllah akan ada rezeki tu.
ReplyDeleteYakin dan berdoalah.
Moga Allah mudahkan.
Just my 2cents, make sure kewangan stabil sebelum buat keputusan besar seperti ini.
Saya pun dalam dilema,hari2 menagis baru masuk kerja 4 Bulan tiba2 disahkan mengandung....Tak tau macam Mana nak cakap dgn bos....dgn manager....tiap2 malam saya menagis adakah perlu saya berenti kerja....semua jadi buntu
ReplyDeleteHai awak.
DeleteMemang dilema dalam situasi begini.
For me, macam mana pun, kita still kena berterus terang dengan bos dan management. Apa pun pandangan mereka, itu di luar kawalan kita. Doa banyak2, insyaAllah berkat ramadan ni, Allah lembutkan hati depa untuk faham :)
Mommy takmau risau sangat ok... jaga baby elok2. InsyaAllah semuanya baik sahaja.
Terima kasih...
DeleteSalam, kita boleh fight ke kalau dah sign offer letter tapi offer dibatalkan sbb pg medical checkup pregnant. Bukan ke salah di sisi undang2? Saya pun mcm puan dpt tahu pregnant 5 weeks masa medical checkup.
ReplyDeletewassalam. maaf saya tak pasti bab undang-undang tu. untuk kepastian, mungkin puan boleh refer pada jabatan buruh.
DeleteSaya mengalami perkara sama sekarang ni..ketika medical check up untuk pre-employment, saya didapati mengandung 5weeks..jadi saya redha dan tawakkal sahaja..semoga ada rezeki kami anak beranak..
ReplyDeleteInsyaAllah moga dipermudahkan semuanya.
DeleteNak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.