Assalamualaikum.
Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.
Kalau luar cantik bling-bling, tapi kebersihan out, tak guna juga.
Badan kena bersih, apatah lagi alat kelamin.
Kita selesa, Allah pun suka.
Gitew~
Bagi alat kelamin wanita, pH normal adalah sekitar 3.8-4.2 . Ia mempunyai mikrob-mikrob tertentu yang melindungi daripada bakteria berbahaya, tapi masih perlu dicuci, sebolehnya dengan air.
Gitew~
Bagi alat kelamin wanita, pH normal adalah sekitar 3.8-4.2 . Ia mempunyai mikrob-mikrob tertentu yang melindungi daripada bakteria berbahaya, tapi masih perlu dicuci, sebolehnya dengan air.
Mari saya kongsi beberapa tips menjaga alat kelamin wanita.
Terjah~
1. Pastikan sentiasa kering.
Lap selepas buang air. Simple. Guna tisu ataupun tuala.
2. Cuci alat kelamin selepas membuang air.
Guna air, lalukan dari depan ke belakang untuk elak pembiakan bakteria.
3. Tidak cuci alat kelamin menggunakan sabun mandian biasa.
Ini boleh membawa kepada kekeringan, iritasi atau kegatalan. Kalau nak juga pencuci selain air, gunalah yang diformulasi khusus untuk alat kelamin.
4. Guna seluar dalam yang diperbuat daripada kain yang menyerap peluh, contohnya kain kapas.
Seluar dalam jenis nylon, mahupun yang terlalu ketat boleh buat kulit berpeluh. Ini keadaan feberet yis dan bakteria untuk membiak.
5. Jaga kebersihan jika melakukan hubungan seks.
Amalkan kencing selepas setengah jam, ia boleh kurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecing. Jangan lupa cuci alat kelamin dengan air, sebelum dan selepas berhubungan.
Bagi wanita, kita kena jaga kebersihan vagina, atau alat kelamin dengan seriusnya.
Yang tak bersih, boleh bawa mudarat pada kesihatan.Takmau lah yang tak bersih, tempat kotor adalah kegemaran syaitan.
Aktiviti seharian yang memeluhkan, tambah lagi bagi yang ada masalah keputihan. Memaaaang kena jaga sangat-sangat alat kelamin.
Jaga tau.
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.