CERITA KEHIDUPAN
4 tips untuk dapatkan gigi yang cantik, sekaligus membuatkan senyuman anda menawan
16:03
Gigi yang
putih, bersih lagi cantik sememangnya menawan hati sesiapa yang melihatnya,
apatah lagi memilikinya.
Saya ada
seorang kawan yang memang suka memberus gigi. Kalau nak tidur, beliau pasti
memberus gigi terlebih dahulu. Aktiviti wajib beliau. Katanya memang tak boleh
tidur kalau tak gosok gigi dulu. Bila sesekali ada orang yang datang menumpang
tidur di rumahnya, memang beliau akan membebel kalau orang tu tak memberus gigi
sebelum tidur. Ini serius tau. Saya jadi saksi.
Gigi
beliau? Memang cantik. Bersih, kemas teratur.
Haaaa… meh
saya kongsikan beberapa tips untuk dapatkan gigi yang sihat, sekaligus buatkan
senyuman makinnnnn menawan.
Dapatkan
berus gigi yang sesuai
Berusnya
mestilah lembut dan pastikan anda menukarnya setiap 3 bulan sekali. Ohya, kalau
sebelum cukup 3 bulan, tapi bulu berus dah mengembang semcam, jangan
teragak-agak untuk tukar ya.
Gunakan
ubat gigi yang berfluorida
Fluorida
memang terkenal sebagai bahan penting dalam ubat gigi kerana kemampuannya
menguatkan gigi. Tapi kan, kalau tertelan, boleh buat keracunan badan tau. Ubat
gigi berfluorida boleh digunakan oleh semua, KECUALI kanak-kanak di bawah umur
3 tahun.
Gunakan
ubat kumur
Ianya
banyak dijual di pasaran. Untuk elakkan mulut berbau, pastikan ubat kumur anda
tak punyai alcohol. Ahah, jangan pula berkumur sebelum memberus gigi kerana
cara ini tak dapat membersihkan karang dan plak gigi dengan berkesan.
Amalkan
floss
Juga
dikenali sebagai benang gigi. Mudah didapati di supermarket mahupun farmasi.
Floss digunakn untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah
gigi. Ramai di antara kita yang gunakan pencungki gigi, padahal ianya
berpotensi mencederakan gusi. Auch…
Itulah 4
tips yang boleh digunapakai.
Ada seorang
member pernah cakap, kalau mengantuk waktu study atau bekerja, silalah memberus
gigi. Kita pasti jadi lebih segar seterusnya bersemangat untuk study atau
bekerja. Saya dah try tips berus gigi sebelum study, memang berkesan lah.
Bila gigi
bersih, sebenarnya kita lebih yakin nak bercakap, bila senyum pun senang hati
orang melihat.
Kan?
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.