Gigi yang
putih, bersih lagi cantik sememangnya menawan hati sesiapa yang melihatnya,
apatah lagi memilikinya.
Saya ada
seorang kawan yang memang suka memberus gigi. Kalau nak tidur, beliau pasti
memberus gigi terlebih dahulu. Aktiviti wajib beliau. Katanya memang tak boleh
tidur kalau tak gosok gigi dulu. Bila sesekali ada orang yang datang menumpang
tidur di rumahnya, memang beliau akan membebel kalau orang tu tak memberus gigi
sebelum tidur. Ini serius tau. Saya jadi saksi.