akutulis

Qalbun Salim

00:02

     Aku melihat,
tidak sedikit manusia yang mahu pulang ke jalan Tuhan,
cuma masih tercari-cari arah yang tidak sukar,
menunggu masa yang sesuai. 

---

Tuhan,
kurniakan kami Qalbun Salim,
Hati yang bersih. 

Bebas dari pengaruh luar.

Merdeka dari pandangan manusia. 

Dunia ini makin menyesakkan dada.

Maka sempitlah jiwa,
andai kami tak merasai keluasan empayar kasih sayangMu. 

Izinkan kami mengenaliMu,
agar bisa kami nikmati bunga-bunga CintaMu.

Bantu kami berakhlak mulia,
yang berbuah hasil benarnya akidah,
dan benarnya ibadah. 

La ilaha illa Allah. 

Bantu kami merindui SyurgaMu. 

---

Shah Alam
17122013
0441am



You Might Also Like

0 comments