akutulis

Amanahnya orang jepun

15:58


Haiiii… Tak lama dulu, pernah viral di laman mukabuku, ada seorang brader ni buat list, tentang sebab-sebab kenapa beliau sukakan Jepun.
Well, mostly orang yang pernah pergi Jepun, apatah lagi orang yang pernah menetap di Jepun, pasti akan suka dengan Jepun.
Apa yang ada sangat pada Jepun tu? 
Hebat sangat ke?
Nak saya cerita terus-terang atau kias-kias? Hueh hueh hueeeeeh…
Begini, fitrah manusia memang sukakan kebaikan, sukakan penghormatan, lagi suka penghargaan.
Pada saya, itulah perkara terbaik yang ada pada Jepun.
Negara Jepun menjadi gah dan hebat kerana sikap majoriti rakyatnya. Iya saya nyatakan majoriti, tidak kesemua rakyatnya bersikap yang baik-baik.


Ada je rakyat Jepun yang jenis merepek; malas, cakap kasar, fikir diri sendiri
Dah nama pun manusia, memang normallah akan ada je manusia sebegitu di mana-mana pun.
Tanyalah pada sesiapa yang pernah tinggal di Jepun, mereka pasti boleh cerita tentang kebaikan masyarakat Jepun, boleh juga cerita tentang keburukan masyarakat Jepun.

Yang bestnya, jumlah orang yang baik di Jepun mengatasi jumlah orang yang kurang baik tu.
Maka, orang luar akan lebih nampak yang baik, berbanding yang tak baik.
Saya tak mahu bercerta tentang sisi-sisi keburukan orang Jepun, saya nak cerita tentang kebaikan masyarakat Jepun.
Amanah

Pastinya kita selalu dengar cerita tentang barang-barang yang hilang di tempat awam, berpotensi untuk dijumpai semula dalam keadaan baik.
Kawan saya pernah kehilangan beg duit di tandas. Kisahnya, kawan saya ni menaiki bas express untuk ke suatu tempat yang jauh. Sewaktu bas berhenti di kawasan rehat (macam R&R di Malaysia), 
kawan saya turun daripada bas dan pergi ke tandas. Tanpa sedar, dia tertinggal beg duit nya di dalam tandas tersebut.
Selepas menaiki bas, barulah dia perasan yang beg duitnya tak lagi bersamanya.
Dipendekkan cerita, kawan saya dapatkan nombor fon kawasan rehat tersebut dan menceritakan perihal beg duitnya itu.
Pihak kawasan rehat itu kemudiannya telah mengepos be duitnya ke rumahnya. 
Saya kurang pasti sama ada ada orang yang menjumpai beg duit itu lalu menyerahkan pada pihak kawasan rehat ataupun pihak kawasan rehat yang pergi check di tandas lalu menjumpai beg duit itu.
Nak cerita lagi?
Ini kisah kawan saya juga, tapi orang lain.

Alkisahnya, si kawan ni telah kehilangan telefon bimbitnya di kawasan sekitar universiti.
Bukan telefon cikai ok, iphone yang hilang tu.
Berbekalkan segunung harapan yang telefonnya telah dijumpai orang dan berada di pejabat universiti, kawan saya   pun pergilah ke pejabat bertanyakan tentang telefonnya.
Hampa.
Tiada sebarang penemuan oleh sesiapa pada telefonnya.
Di universiti itu terdapat almari kaca yang mempamerkan barang-barang yang hilang.
Pendek kata, bila ada orang terjumpa sesuatu barang, maka mereka akan menghantarnya ke pejabat universiti dan secara automatik akan dipamerkan di almari kaca itu lah.
Sudah beberapa kali kawan saya berulang-alik ke pejabat universiti untuk menilik barang-barang yang terpamer di almari kaca pejabat, tetapi tetap hampa.
Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Bulan berganti bulan.
Namun telefon yang diharapkan masih tak menunjukkan muka.
Kawan saya dah nak fed-up, katanya dia dah tak percaya pada sikap orang Jepun yang kononnya amanah sangat.
Kawan saya dah tak percaya pada orang Jepun.
Saya yang mendengar ceritanya, hanya terdiam tak tahu nak respon apa, sambil tumpang frust dengan orang Jepun.
Masa berlalu pergi, sudah setahun lamanya telefon itu tiada khabar.
pada suatu hari, entah macammana kawan saya tergerak hati untuk pergi ke pejabat universiti, sambil-sambil mahu menilik amari kaca.
Saja nak cuci mata lihat barang-barang yang terpamer di situ.
Dan ahaaaaaaa~ benar sungguhlah benar, kawan saya melihat telefonnya yang hilang pada tahun lalu ada terpamer di situ.
Terus dia memaklumkan pada orang pejabat dan selepas dipastikan telefon itu memang miliknya, kawan saya terus menyimpan telefon itu elok-elok.
Kepercayaan pada orang Jepun yang pudar sebelum ini menjadi kuat kembali, bahkan makin yakin dan percaya pada   keamanahan orang Jepun.
Saya yang mendengar cerita, turut dilanda kekaguman sampailah saat saya menulis kisah ini di sini.
Habis cerita.
Itu baru dua cerita. 
Ada banyak lagi kisah tentang amanahnya orang jepun ni. Kebanyakannya boleh bikin buntang biji mata, mulut mau nganga tak percaya.
Alangkah seronok dan amannya dunia jika ramaaaaai antara kita dapat mengamalkan sikap amanah seperti orang jepun.
Ada je orang kita yang baik, amanah, tapi cerita tentang tidak-amanah itu lebih banyak. 

Dengan jenayah tak masuk akal pun makin banyak menguasai topik berita masakini.
Moga-moga kita dapat hidup aman damai tak lama lagi.




Depan kaminari mon, Asakusa. Tempat femes untuk tourist di Jepun.


You Might Also Like

0 comments