hujung minggu

Nasi Arab Damsyik Senawang yang sedap

11:57

Entahlah macam mana, tiba-tiba suatu malam tu tergedik nak makan nasi arab
Makanya, saya dan incik suami pun terjahlah kedai Nasi Arab Damsyik yang famous tu.
Ini merupakan kali pertama bagi suami saya ke sana, sedangkan this is my second time. Dulu pernah datang sekali waktu bulan puasa, makan dengan kawan-kawan. 

Peeeeeerrrrghhh ramai gilaaaaaa baq hang!. Bulan puasa memang hot lah kedai ni. Sebab rasa suasana puasa kot... Hehe... Boleh makan bersila, boleh juga duduk di kerusi. Makanan dihidang dalam pinggan untuk wahid-set yakni untuk seorang, dan ada juga pilihan thalasa-set dan set-set yang lain. Kalu yang ramai tu, better order yang set besar-besar, dia hidang dalam dulang terus. Nak hadap ramai-ramai dalam dulang pun boleh, nak cedok letak dalam pinggang pun boleh. suka hati u all lah ye. Oh ya, dulang yang saya maksudkan adalah talam. hehe.


Waktu pergi makan dengan suami, kami order satu pinggan je, apa entah namanya. Tapi ada ayam dan kambing sekali dalam satu pinggan. Kalau tengok gambar bawah ni, nampak ayam je kan. Kambing tu memang dia sorok dalam nasi tu...



Nasi Arab dengan ayam dan kambing. Kambing disorok dalam nasi.



Kami minta pinggan extra satu. So, saya pun amiklah nasi sikit daripada pinggan asal tu, dan makan ayam, My husband makan kambing, menu feberet beliau.

Portion untuk satu pinggan memang banyak tau. Serius!. Dahlah nasi berempah, lauknya pun berempah cukup mengeyangkan. Maka, fikirlah dengan warasssss sebelum membuat order.



Ada salad timun, yogurt cair dan sambal yang sedaaaaap!


Nasi dihidangkan set dengan salad timun, yogurt cair dan sambal.

Sambal dia memang peeeeeerrrghhhh tiptop! Suka suka sukaaaaaaa!


Ramai kawan-kawan i yang terpikat dengan sambal dia ni tau.



Juga ada air yang saya lupa namanya.


Oh ya, air pun ada. Tapi kena order asinglah kan. Saya lupa order air apa, tapi rasa macam air teh o ais yang berisi daun pudina. Sedap juga airnya.


Senang je nak cari kedai ni. Dekat waze pun ada je.

Nasihat saya, kalau nak pergi bulan Ramadhan, sila booking dulu.
Kalau bukan bulan puasa, ok je kalau nak terjah terus. Banyak je meja kosong.

Ini dia beberapa info kedai.

check it out~


Address : 
No 1 Jalan Bougainvilla, Seremban 70450 Malaysia (dekat dengan Uptown Senawang)

Phone : 
014-2657313

Hours : 
Mon:11:00 am - 11:00 pm
Wed - Thu:11:00 am - 11:00 pm
Fri:4:00 pm - 11:00 pm
Sat - Sun:11:00 am - 11:00 pm

FB :




Okailah.
Nanti saya share lagi tempat makan yang lain.
Saya memang suka jalan-jalan cari makang.
Hueh hueh hueeeeeeh.



You Might Also Like

0 comments

Arkib Artikel