Jadi perempuan.
Tak boleh bergantung sangat dengan orang.
Kena pandai berdikari.
Saya banyak menjadikan bonda saya sebagai idola dalam perihal do-it-yourself.
Bonda saya pandai baiki paip, tukar lampu, juga bertukang.
Beberapa meja, kerusi, pangkin, rak kasut, rak buku di rumah saya adalah hasil tukangan tangan bonda saya.
Serius, i tak tipu.
Ketung ketung ketang seorang diri.
Tok Tok Tok, bunyi bonda saya bertukang.
Setakat dengar bunyi gerudi dan gergaji di rumah tu perkara biasa.
Ini contoh hasil tangan bonda saya.
Pelamin okai~
Yang jadi pentas pelamin tu, bonda saya lah yang bertukang.
Kerusi tu asalnya warna coklat gelap, bonda saya cat kembali dengan warna putih.
![]() |
Ini pelamin saya. Tak bersanding pun. Saja buat untuk ambil gambar je. |
Oh ya, langsir, scallop langsir pun bonda saya buat sendiri.
Sarung sofa, sarung kerusi, alas meja, pun bonda saya buat sendiri je.
Bonda adalah seorang guru.
Selalu je bonda mendapat tempahan daripada sekolahnya untuk menyediakan sarung kerusi VIP, menjahit langsir beserta scallop, siap buat alas meja beropol-ropol.
Untuk bilik pengantin kami adik-beradik, pun bonda buat sendiri.
Selain cut-cost, kami memang tak suka bilik pengantin serabut sangat.
Suka yang plain dan simple.
Ini beberapa contoh bilik pengantin yang dihiaskan oleh bonda.
![]() |
Bilik pengantin adik kembar saya. |
![]() |
Bilik pengantin kakak saya. |
Sorry guys, takde pulok gambar bilik pengantin saya.
Oh ya, bonda saya tak pernah masuk mana-mana kelas jahitan. Semuanya dipelajarinya sendiri.
Tengok, dan cuba buat sendiri. Itu jawapan bonda bila saya tanya bagaimana boleh jadi terer sangat?
Baju-baju raya kami adik-beradik pun bonda yang jahit. Itupun memang tak ada masuk kelas. Cuba buat sendiri je.
Seronoknya bila banyak perkara kita buat sendiri.
Kan?
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.