Salam wbt
Haaaaai semua.
Hari ni nak share pengalaman makan-makan di Api-api Steamboat & Grill, Melaka yang di sana sini diperkatakan orang.
Saya adalah penggemar steamboat. Grill pun suka jugak. Kalau pergi pasar malam, memang selalu beli yongtaufu.. ala-ala steamboat la kan... lepas tu saya suka lalu depan gerai orang jual ayam percik ke, sate ke... semata-mata nak ambil bau. Wakaka... Ada juga orang macam ni.
Sambung cerita, alkisahnya beberapa minggu lepas, saya balik kampung di Melaka. Lepas tu gedik pula nak makan steamboat. Makanya saya dan suami pun cubalah pergi ke Api-Api ni. Mudah je nak cari, restoran ni ada depan Aeon Melaka. Mudah dijumpai. Lot tepi je. Waktu kami pergi tu, hari khamis. Dalam pukul 9malam gitu sampai di sana. Mak aaaaiiiii penuhnya manusia. Siap ada yang duk menunggu di luar.
Walapun bau-bauan steamboat dan bakar sudah menusuk hidung, ku tahan aja... Kami cancel plan makan di situ malam tu. Tangguh ke hari esoknya. Tak sanggup i nak menunggu lagi. Lagipun dekat je kampung dengan Aeon tu. Boleh pergi selalu.
Maka esoknya, saya pun gigihlah google, cari nombor telefon restoran ni. Bila call dalam pukul 7 malam gitu nak buat booking, katanya dah penuh. Uwaaaaaaa.... hampir mengangis la sekejap. Tapi boleh pulok adik tu kata,
'kalau walk in, mungkin ada je kak.'
'eh, boleh pulak gitu. akak on the way dah. pukul 745malam gitu akak sampai. Nak meja untuk 2 orang je. Pleeeeeease..'
'oklah akak. bila sampai nanti, call balik nombor ni.'
Zuuuuuuppp terus i bersiap solat maghrib dan gerak terus ke sana. Hehe.
So, inilah dia beberapa gambar yang sempat diambil di sana. Maaflah adik-adik, akak kurang ambil gambar sangat malam tu. Eksaited nak makan dah. Hikhik.
![]() |
Spageti dengan lauk lala. Spageti pun antara makanan feberet i. |
![]() |
Ambil kuah tomyam.Ada jugapilihan kuah sup. |
![]() |
Antara yang diambil. Ada pepahat, sotong kurita. Fishball dan kawan-kawannya pun ada. |
![]() |
Bakaq-bakaq sambil tunggu kuah tomyam tu memanas. |
![]() |
Ada lauk-lauk yang siap dimasak. Kari, rendang, nasi impit pun ada, |
![]() |
Makanan yang ready-made. Boleh letak dalam pinggan dan makan terus. |
![]() |
Beberapa pilihan sos yang disediakan. |
Ada juga dessert seperti aiskrim, mesin ais kepal pun ada. Kalau nak, buatlah sendiri. Punyalah ramai manusia beratur untuk dessert tu, so malam tu saya malas nak beratur sekali.Tak terambil pulak gambarnya.
Untuk air, ada pilihan air oren, air bergas pun ada. Boleh juga kalau nak bancuh kopi atau teh. Kena bancuh sendiri lah. Ada air panas disediakan dan peket-peket teh dan kopi instant.
Kedai ni buka daripada pukul 12tengah hari hingga 12malam. Kalau nak pergi ramai-ramai, better booking dulu. Kang nangis guling-guling. Lagipun, kalau lagi ramai, lagi best kan....
Ini beberapa maklumat tentang kedai ni.
Call for booking : 013 3040500
Address : No 8 Jalan Lagenda 6, Taman Lagenda, 75400 Melaka.
(Cari je kat waze Api-Api Steamboat & Grill, landmark adalah AEON Melaka)
Hours : 12noon-12midnight
Secara keseluruhan dan jujurnya, kedai ni sesuai untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama kawan-kawan,mahupun famili. Sambil lepak-lepak makan, boleh sembang-sembang. Lama-lama pun boleh. Tak ada had masa. Cuma bertimbang rasa lah sikit bila tengok ada orang menunnggu di luar kedai tu. Hehe.
Oh yaaaa, kedai ni adalah pilihan Jalan-jalan Cari Makan TV3 tauuuu.
For me, makanan amat banyak. Seafood, balls semua ada. Ketam, daging, ayam pun ada. Malam tu yang saya perasan, pekerjanya lambat topup makanan yang dah habis. Jujurnya, my husband duk repeat makan daging je untuk bakaq-bakaq. Dia takde selera nak ambil yang lain katanya. Saya pula asyik ambil sotong dan cendawan. Udang takde langsung malam tu. Mungkin ada, tapi cepat habis kot. Compared to Seoul Garden, we both prefer Seoul Garden lah. Awwww jujur gitu. Harga pun takdelah beza mana. Di Api-api, harga untuk dua orang dalam rm60 included GST. Kalau tambah rm10 seorang, dah boleh layan makanan kat Seoul Garden.
Apapun, Api-api ni ok je. Sesuai untuk diterjah beramai-ramai. U all pergilah. Cuba sendiri.
Chill~
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.