cerita

Setahun bergelar isteri orang. Apa yang saya belajar?

16:06

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik, sudah setahun lebih saya bergelar isteri orang.
Sejak mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2014, banyak sangatperkara yang saya belajar.


Orang kata, 5tahun pertama dalam perkahwinan adalah fasa untuk sama-sama menstabilkan diri, saling mengenali satu sama lain, apatah lagi yang baru setahun kahwin. Lagilah banyak perkara yang kita jadi macam 'eh, baru tau...''ohhh macam ni rupanya...' dll...

Apa yang saya belajar?
Banyak sangat, saya rasa terpanggil untuk berkongsi, manalah tahu ianya bermanfaat pada mana-mana orang di luar sana.

Perempuan memang kuat touching

Wakaka... boleh pulok yang ni jadi perkara first yang saya belajar. Kihkih, gelak geli hati. Padahal diri sendiri tu perempuan, boleh pulak baru sedar menda ni.

Saya baru perasan yang saya jenis cepat touching selepas kahwin. Maklumlah adik-beradik ramai 8orang, jadi memang takdelah nak manja sakan dengan mak ayah kan. Kalau ada yang start mengada, memang tak dilayan, dan yang lagi sadis siap kena kutuk-kutuk. Makanya, kami adik-beradik jadi macam jiwa kental secara tak sengaja gitu. Hikkksss.

Bila dah kahwin, secara tak sengaja bila tak dapat sesuatu yang dihajatkan, saya secara tiba-tiba boleh berubah air muka, dan unexpectedly husband boleh pulak pujuk-pujuk, layan kemengadaan saya gitu So, kita ni... bila ada yang melayan, jadi macam 'eh... best jugok gini, ada yang nak melayan kita...' wakaka...

Beberapa siri touching-berubah air muka-ada orang pujuk, maka saya pun baru sedar yang saya ni rupanya jenis kuat touching. Sebelum ni (bujang), memang tak kuasa nak merajuk bagai sebab takde orang yang melayan, dan saya ala-ala bajet gagah la.



Lelaki memang tak faham ayat berkias, kena direct je

Sebelum ni, memang selalu dengar orang cakap yang lelaki memang jenis cakap ayat direct dan faham yang direct je. Tapi disebabkan saya kurang expose (eceh) dengan lelaki, iyalah kan, i tak pernah berkapel bagai kot... Jadinya saya kurang faham la perihal kena cakap straight to the point ni.

Alkisahnya... ada lah satu hari tu saya sakit telinga sangat-sangat.Oh yaaa fyi, saya memang ada telinga yang jenis sensitif, pantang masuk air, pantang korek telinga, mesti akan rasa sakiiiit sangat, denyut-denyut gitu. Rasanya sejak sekolah rendah lagi saya bertelinga sensitif.

Telinga saya yang denyut-denyut ketika itu, saya sangkakan biasa-biasa je... Maklumlah dah selalu sangat sakit telinga. Tapi malamnya, saya rasa ia makin berdenyut, sampai takleh nak tidur. Saya duduk je atas katil, termenung tak tahu nak buat apa. Wakaka... Husband sambil baring, sesekali dia pandang saya, terkebil-kebil dia. Mungkin tak tahu nak buat apa juga.

Dalam saya termenung itu, sakitnya makin kuat. Saya takleh sentuh pun telinga, sampai tahap telan air liur pun sakit. Dek tak tahu nak buat apa, campur tertouching husband takde buat apa bila kita sakit, saya pun termengais sob sob sadis sungguh.

"Sakit...." saya cuba bagitahu husband.

Dia masih diam, terkebil-kebil tengok saya.

Beberapa kali saya beritahu yang saya sakit dengan air mata mencurah-curah. Tapi dia masih senyap.

"Telinga sakit, nak jumpa doktor." saya cuba panjangkan ayat, mengharapkan husband bertindak.

"Dah tengah malam, klinik tutup." husband jawab. Sambil memandang saya. Kali ini wajahnya kelihatan keliru. Mungkin sedang memikirkan sesuatu, tapi otak jammed.

Last sekali, saya cakap, "Telinga sakit... hantar saya pergi hospital, bahagian kecemasan."

Tu je yang saya terfikir waktu tu.

Zuppppp terus husband bangun bersiap sambil mulut cakap "Okey.".

Haaaa... gitu... maka malam itu saya pun dapat suntikan painkiller di bahagian kecemasan hospital.

Setel. Rupanya bila saya dalam keadaan sakit tu, suami saya blur tak tahu nak buat apa, dia memanglah nak hilangkan kesakitan saya, tapi dek tak tahu nak buat apa, makanya dia diam je lah.

Tak tahulah apa yang akan jadi kalau saya tetap menahan skait seorang diri sambil menangis sedu-sedan sendiri. Dahlah touching sebab rasa husband buat derrrrrk je. Rupanya beliau blur.

***

Ingatkan nak tulis panjang lagi, tapi dua pelajaran ni pun dah jadi panjang post ni.
Nantilah lain kali saya sambung part2 pulak ye.

Doa-doalah saya rajin nak share part2.


Okai, babai.





You Might Also Like

0 comments