akutulis

Segalanya susah

07:00

     


     Segalanya susah,
pabila Hati meresah.

Yang sukar makinlah payah,
pabila asyik berkeluh kesah.

Mudahlah kau rebah,
pabila Hati dah punah.

Tadah.
Tangan kau,
silalah tadah.

Doa itu senjata,
apa kau sudah lupa?

Pabila Hati terasa sayu,
tak tahu punca asyiklah sendu,
itu tanda Tuhan memanggil kamu.

Pabila Hati tak lagi merasa,
ibarat hilang deria,
itu tanda kau perlu Hati yang baru.
Hati yang kau sedang punya,
sudah pun kelabu.

Tadah.
Tangan kau,
silalah tadah.

Pinta Hati yang baru.

Sementara masa berbaki,
moleklah kau sedar diri,
Hati yang tak berhati-hati,
adalah Hati yang mati.

Sila sedar diri,
sebelum Si Izrail beraksi.



You Might Also Like

0 comments