hidup

Mengapa saya bertukar daripada postpaid Celcom kepada postpaid Digi?

15:54

Setelah dua tahun lebih menjadi pengguna postpaid Celcom, kini saya baru sahaja bertukar kepada postpaid Digi.

Baru je tukar simcard awal bulan Disember ni, nanti selepas beberapa bulan, baru boleh bagi review tentang penukaran ini, sama ada berbaloi ataupun tidak. Itupun kalau saya rajin nak update sini. Wakaka…

Ada beberapa sebab mengapa saya bertukar.



Sebab 1 : Postpaid Digi lebih murah

Oh yeaaaah, inilah sebab paling utama. Dalam situasi ekonomi yang menjerut jiwa raga, maka saya memang tercari cari pilihan yang lebih murah. Bayaran rm68 termasuk GST setiap bulan. Sebelum ini bil telefon saya rm90 lebih. Dengan harapan selepas bertukar ke Digi, dapatlah berjimat. Taktaulah kalau tiba-tiba ada hidden charges, nanti tengok beberapa bulan punya bil, baru boleh cerita.




Sebab 2 : Unlimited call pada sebarang nombor

Yaaaaaa ini pun bikin mata saya bling-bling. Setiap hari saya akan call bonda saya (bonda guna celcom) at least 10minit untuk berbual. Selalu juga ambil masa hingga sejam. Makanya, unlimited call untuk sebarang nombor amatlah berbaloi.





Sebab 3 : Mobile data 3G

Zaman canggih manggih begini, siapalah yang bisa hidup tanpa internet? #eh Tambahan pula, broadband celcom yang sudah hamper setahun saya guna tidak menunjukkan performance yang mengujakan, bahkan macam makin smeput pula akhir-akhir ini. Tunggu masa habis kontrak je, nanti I tukaq broadband lain lah pula. Awww jujur gitu. Dipendekkan cerita, di rumah pun saya akan lebih banyak online via handphone instead of laptop. Bertahan sehingga tamat kontrak broadband Celcom tu. 







Cukuplah 3 sebab di atas yang mendesak saya untuk bertukar kepada Digi. Yang lain-lain benefit yang ada, saya tak pandang sangat.


Tu je nak cerita.

Bai.




You Might Also Like

0 comments