akutulis

Baru ku tahu masih perlu ambil nombor dan tunggu giliran seperti biasa walau sudah ada appoinment

20:00





Baru ku tahu.
Hospital Kerajaan.
Bahagian Klinik Pakar.
Walaupun dah ada kad appoinment dengan doktor.
Bertulis tarikh sekian jam sekian.
Pesakit masih perlu daftar di kaunter utama.
Ikut nombor giliran macam biasa.
Tak kesahlah di kad appoinment tulis pukul berapa.
Pesakit wajib ambil nombor dan tunggulah seperti kali pertama lawatan.
Baru ku tahu.

Penat aku lepak dalam kereta dari pagi.
Punyalah yakin boleh jumpa doc pukul 11pagi.
Seperti tertulis di kad.
Rupanya aku tertipu.
Dahlah badan tak larat.
Datang awal pagi rebut parking.
Jalan kaki naik bukit ke klinik pakar.
Siapa suruh aku lepak dalam kereta.
Lain kali masuk terus dan daftar ambil nombor.
Itupun tak tahu.
Hampeh lah diriku ini.
Rupanya aku tersalah faham.
Iya, ini semua salah sendiri.
Sebab terlalu percaya pada apa yang tertulis di kad.
Dek kecewa dan tak larat dah nak tunggu.
Aku balik je.
Tak kuasa dah nak menunggu untuk jumpa doc.
Atau lebih jujur,
tak kuasa dah tunggu dengan perasaan kecewa,
badan pun dah tak larat.
Aku pulang juga.


161215
Lot Parkir
HTJ

You Might Also Like

0 comments