hidup

5 soalan yang selalu ditanyakan kepada kembar

16:24

Hidup sebagai kembar, nampak macam biasa je, tapi sebenarnya lain sikitlah. Sejak kecil, kami selalu je dapat soalan-soalan yang sama berulang kali.

Reaksi muka bila orang tahu yang diri ini kembar, memanglah orang terkejut, siap buntang mata lagi. Tu belum lagi bila orang tahu yang kami sebenarnya kembaq tiga! Whaaattt? Yes sila percaya, kisah kembaq tiga tu nanti I cerita lain kali. Kang panjang pulok post ini. Hihi.







Kali ini, saya rasa nak kongsi beberapa soalan lazim yang selalu orang bagi pada si kembar.



Check it out~~~


1)    Hah? Betul ke?
Iya, iya dan iya. Itulah soalan paling famous bila orang tahu yang kami ini kembar.


2)    Siapa yang keluar dulu?
Saya pun tak tahulah kenapa, orang memang curious benar rupanya nak tahu siapa yang keluar dulu. Ada juga yang bagi pendapat, dalam hal kembar, yang keluar dulu tu sebenarnya adik, yang keluar kemudian tu kakak.


3)    Muka sama ke?
Untuk orang yang baru kenal, mereka cakap muka kami sama. Tapi bila dah lama kenal, orang dah mula cam yang mana satu saya, yang mana satu yang lagi seorang. Kes-kes orang tersalah panggil tu dah jadi biasa. Layankan aje kadang-kadang sebab nak jaga air muka orang tu. Huhu…


4)    Siapa yang lagi pandai?
Waktu zaman sekolah dulu, memang ada je orang yang tanya soalan gini, cukup bikin I menyampah.
Ada sekali tu, ada pakcik yang tanya soalan tu, dan I jawab “Mestilah bukan pakcik…”
Lepas tu boleh pula pakcik tu tarik muka. Wakaka…
I malas nak layan. Sibuuuuk je nak tanya-tanya, nak banding-banding. Buruk benor orang laki bizi bodi. Sila faham.


5)    Best ke ada kembar?
Mestilah best. Untuk cerita tentang best, memang banyaklah list. Tak terbaca u all nanti. Awwww…


Waktu kecil dulu, kami memang suka dan naaaak sangat pakai baju yang serupa. Kalau tak warna sama, corak baju mesti sama. Kalau tak, kami akan nangis guling-guling mengamuk. Wakaka… Tapi bila dah meningkat remaja, kami jadi tak mau pakai baju sama, mula bina identiti sendiri gitu. Kadang-kadang rasa nak marah pun ada bila tiba-tiba nampak kembar saya pakai baju atau tudung yang macam saya pakai, padahal tak rancang pun. Punyalah takmau bagi sama. Kihkih. Tapi sekarang bila dah dewasa (aawwww), jadi ok je lah kalau terpakai yang sama. Haha. Nak buat camne, dah nama pun kembar, instinct jadi samaaaaaa je.


Hikkksss…



You Might Also Like

0 comments