akutulis

Kisah jambu batu tepi jalan

08:00


      
     Latar Tempat : Gerai Jambu di Tepi Jalan 
Latar Masa : Pagi yang Hujan 


Dia : Dik, memang hari-hari jual kat sini ke? 

Beliau : Aah kak. Hari-hari jual. Esok ahad pun saya jual. 

Dia : Hmm rajinnya kerja. 

Beliau tersenyum. 

Beliau : Akak memang kerja sini ke? 

Dia : Aah dik. 

Segaris senyum. 
Sedikit teruja apabila beliau menyedari kehadiran saya yang bukan kali pertama membeli di situ. 

Tangannya pantas memotong jambu yang dipesan. 

Saya beli dua plastik je, tak adalah teringin sangat jambu buat masa ni, tapi terpanggil untuk membantu meraikan usaha anak muda ini, yang berjual di tepi jalan, walau dalam hujan. 

Sejak kecil, bonda saya selalu membeli di gerai atau warung yang tak berapa berpengunjung. 

"Mahu meraikan orang yang menjual." 

ujar bonda setiap kali saya 'mempertikaikan' kenapa tak membeli di tempat yang memang ramai orang pergi. 

---

Nota 1 : Sangat suka melihat anak muda yang bekerja, terutamanya yang berniaga. 

Nota 2 : Tak suka melihat orang melepak, terutamanya anak muda.

You Might Also Like

0 comments