akutulis

Nak menulis

23:20

Seperti yang boleh nampak, blog ini telah pun berwajah baru.
Ewah, terima kasih pada akak manis yang gigih layan permintaan dan soalan-soalan pelik saya untuk upgrade rupa blog ini.

Kak Salwa tanya 3 warna kesukaan, saya cakaplah biru, putih dan pink.
Amik hang!
Blog bertukar kepada warna merah jambu.
Blink-blink mata i.
Rasa macam gegirl sangatttt...
Muehehehe...

Kenapa saya ubah imej blog?

Saja.

Memang dah lama nak hidupkan blog ini.
Saya mahu kembali menulis.

Kepada yang mengenali saya dahulu, pasti tahu tentang blog lama saya,
banyakk cerita suka duka, bejet ilmiah, merepek meraban ada di situ.
Blog itu diwujudkan sewaktu saya menuntut di Jepun, dan kelihatan sepi selepas saya pulang ke Malaysia.
Entah,bukanlah tak mahu tulis dah.
Banyak je idea, tapi semuanya ibarat dah berserakan dan terbang entah ke mana.

Mungkin dek letih dengan kerja siang malam.

Saya mahu bercerita.

Saya akan bercerita di blog yang baru ini.

Tentang hidup, pengalaman diri, juga pendapat picisan mengenai sesuatu.
Saya tahu yang dengan menulis,
saya mendapat terapi yang mendamaikan.

Tak ada orang nak baca pun takpe.
Tapi saya mahu tulis juga,moga jadi rujukan diri semula nanti.

Kepada yang sudi membaca, terim akasih ya.

Nantikan post-post baru yang bakal muncul tak lama lagi.

Okla, esok kilija.
Mau tidur.

Bai.

You Might Also Like

0 comments