akutulis

[Diari Ramadhan] : Feeling heartbroken

16:00

[Diari Ramadhan]

Semalam, berbuka di kedai makan yang agak famous (so saya decide untuk tak maklumkan nama kedai di mukabuku) bersama beberapa orang teman.
Nak dijadikan cerita, saya sampai beberapa minit sebelum berbuka. Jalan jem.

Kami yang sepatutnya berempat, baru dua orang yang dah sampai termasuk saya.

Teman yang dah booking meja untuk kami, masih belum tiba dan beliau tak dapat dihubungi kerana masalah fon. Saya cuba tanya adik manis A (orang kedai) yang pegang kertas booking, cari nama si teman (yang booking) tapi tak berjumpa. So, saya ajak teman di sebelah untuk tunggu tepi sikit sebab dalam kedai dah agak serabut dengan ramai manusia yang dah makin gelabah nak bukak posa. (Baca : Langgar orang sana sini, plus kecoh-kecoh cari meja masing-masing)



Tak lama, azan maghrib berkumandang di udara. Jelas kedengaran sebab ada je surau berdekatan.
Yang dah berada di meja-meja (saya anggar ada dalam 30-40buah meja dalam dan luar kedai itu), pakat tadah doa dan glupglup telan air, ada yang dah nyumnyum makan tamar, tak kurang ada yang dah suap nasi.

Saya dan teman, berdiri terpacak di sudut tepi sinki. Blur kejap taktau nak buat apa. Meja terdekat berada kurang sedepa daripada kami. Ada beberapa orang yang menoleh kepada kami yang masih berdiri tanpa berbuka itu, tapi iya, mereka hanya menoleh (baca : kotlah nak hulur air ke, tamar ke...)
Dalam hati, saya berkata "Ok fine, mungkin i tak cukup lawa untuk tarik perhatian orang untuk hulur apa-apa." ( ‪#‎eh‬ )

"Tapi teman i ni sudah berumur, 50++ umurnya, takkan takde sesiapa yang baik hati (baca : saudara seislam yang sesama berpuasa) nak hulur apa-apa?"

Kasihankan teman di sebelah, saya nekad minta air free daripada orang kedai. Bila saya merapati satu sudut baru perasan ada satu tong air siap ada plus ais di sebelahnya dengan cawan susun bertingkek.

"Dik, ni air free ke? " tanya saya pada adik manis B (orang kedai) .

"Aah free, sila-sila," kata beliau sambil cepat-cepat hulur sepeket kecil tamar pada kami. Adik ni baru perasan yang kami (baca : pelanggan kedai) tak berbuka lagi.

Ok, terima kasih adik manis B.

Selepas ambil air dan tamar, saya ajak teman untuk duduk tepi tangga sementara tunggu je kawan yang lain tiba.

Adik manis A (orang kedai) jalan-jalan pusing kedai lalu terjumpa kami.

"Eh, tak dapat meja lagi? Dah cuba call member yang booking ke? " tanya beliau sedikit resah.

Agak terharu saya dengar soalan. Terima kasih adik manis A.

Ok dah habis cerita.

---

Nota bawah :

1) Mood saya terganggu dengan perilaku pelanggan kedai (baca : saudara seislam yang sesama berpuasa) yang hanya menoleh pada kami tanpa hulur air free ke, tamar free ke. Kalau menda tu berbayar, saya boleh fahamlah.

2) Akibat gangguan emosi, saya makan sikit je. Terpaksa balik lepas terawih, ajak suami pergi moreh di kedai mamak. (#eh )

3) Terima kasih adik-adik manis (orang kedai yang prihatin)

4) Iya, mungkin saya fikir terlalu berat. Kena take it easy kan.

Nota paling bawah :

Saya tak suka pelanggan memana kedai yang sibuk marahkan orang kedai bilamana makanan/minuman masih tak tersedia walaupun sudah masuk waktu berbuka, sedangkan jelas kelihatan orang kedai berlari-lari hantar hidangan. Entahkan orang kedai tu tak buka posa pun lagi, kau nak bising. Agak-agaklah.

Tu je.
Abaikan typo kalau ada. 

Bai.

You Might Also Like

0 comments