Latar Tempat : Kilang Lori
Latar Masa : Waktu OT di kala senja
"Saya baru hantar anak masuk tahfiz..." ujar beliau tak semena-mena.
"Eh..." saya hairan dengan cerita yang tak berhujung pangkal tiba-tiba.
"Tahfiz di xxx..."
"Oohh..." saya melayan.
"Memula dia macam tak suka, tapi sekarang dah mula suka. Ada perubahan."
Saya mengalih tangan daripada menyentuh papan kekunci komputer.
Perhatian dialih kepada brader di sebelah, bercerita tentang anaknya.
"Anak umur berapa?" saya melontar soalan.

Merai cerita di waktu senja.
Minda masih cuba mencari tema utama perbualan tiba-tiba sebegitu.
"14 tahun..." brader tersebut menyambut.
"Yang paling saya terharu la, bila anak saya tu cerita tentang keseronokan di sekolah tahfiz tu kat sepupu dia(kot... saya lupa lak siapa... tapi sedara mara beliau la jugak...) . Terus budak tu pun terpengaruh masuk sekolah tahfiz tu." cerita brader itu, tanpa disuruh.
"Wows..." monolog sendiri.
Saya teruja mendengar.
"Sekarang ni, bila pergi mana-mana, anak saya akan cakap, 'abah jom singgah masjid jap'.... bila masuk waktu solat." Mata brader itu kelihatan teduh. Penuh kesyukuran.
Saya mengangguk.
Tema cerita seakan sudah dapat diteka.
"Sejuuuuk hati saya ni." brader itu menyambung.
Seakan menjawab teka-teki yang bermain di minda saya.
"Anak sulung kan.... moga jadi contoh pada adik-adik yang lain." spontan saya membalas.
Menghantar doa tanpa sedar.
"Dulu, nak bangun subuh pun susah. Sekarang ni pandai bangun sendiri." ceritanya lagi.
"Waaah..." saya menyahut meraikan.
Tema dah dapat.
Seorang bapa cuba berkongsi kegembiraan melihat perubahan anaknya.
Atau lebih jujur, seorang hamba yang terharu dengan kasih sayang Tuhannya.
Walaupun saya tak faham kenapa tiba-tiba beliau bercerita.
Tapi saya tahu,
yang Allah dah pilih saya untuk dengar ceritanya.
Kasih sayang Tuhan itu,
ada dalam pelbagai cara,
dan gaya.
---
Fa amma binikmati rabbika fahaddis.
![]() |
Kasih sayang Tuhan ada dalam pelbagai cara. Cuma kita yang selalu buta. [Foto Google] |
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.