akutulis

Aku Tulis : Pembawa Rahmat VS Penyebab Azab

16:26

      Mengapa kita memilih untuk menyusahkan orang lain,
sedangkan kita boleh memilih untuk memudahkan? 

Teladan si rasul, 
rahmatan lil 'alamin.

Baginda memilih untuk menjadi pembawa rahmat, instead of jadi penyebab azab. 

Akhlak termulia yang terpancar dari kebeningan jiwa. 

Baginda menolak tawaran malaikat untuk menghempap penduduk Thaif yang mencaci maki, malah melukai nya. 

Bahkan baginda mendoakan kurniaan iman buat kaum yang jelas ingkar lagi angkuh itu. 

Allahu Allah.

Himpitan masalah yang adakala menekan jiwa, memendekkan akal. 

Menjadikan akhlak kita kurang cantik, adab diketepikan.

Hingga selamba membiarkan orang lain kesusahan. 

Allahu Allah.

Patah-patah kata yang tertulis,
tertuju laju memhentam aku yang menulis. 

Sesungguhnya detik kematian itu sedang menghampiri.

Sempatkah memohon ampunan sekalian manusia yang pernah dikasari? 

Astaghfirullah. 

Kepada yang mengenali,
maafkanlah diri ini. 

Aku yang masih bertatih menyusun arah kaki,
mengejar kasih Ilahi.

You Might Also Like

0 comments