Kau.
Jangan rasa diri itu besar.
Boleh?
Kau.
Jangan rasa diri itu kabir.
Kaf. Ba. Ro.
Kabir.
Besar.
Kaf. Ba. Ro.
Asal huruf yang sama.
Takbur.
Besar.
Kau.
Bila jumpa orang lain yang bikin masalah,
cubalah pandang diri atas bawah.
Boleh jadi orang itu bikin masalah,
hanya untuk mengkhabarkan,
yang bermasalah itu sebenarnya kau.
Kau.
Jangan pandang orang lain dulu.
Kau.
Pandanglah diri dulu.
Bila orang bikin masalah sama kau,
tolonglah fikir,
bahawa kaulah yang bermasalah,
bukannya dia.
Dia cuma nak beritahu,
cuma mungkin cara tak berapa betul.
Pandanglah diri.
Bukan orang lain.
Kau.
Tolonglah terima pekat-pekat.
Segala yang berlaku,
adalah hasil izin Tuhan juga.
Tuhan mahu ajar sesuatu.
Tahu?
Boleh jadi permasalahan yang dibuat orang lain sama kau,
adalah hasil jauhnya kau dengan Tuhan.
Jadi Tuhan mahu panggil kau,
agar kembali,
merenung diri.
Bukankah setiap masalah itu,
sebagai tanda Tuhan masih peduli?
Kau.
Jangan rasa diri itu besar.
Jangan rasa diri itu kabir.
Boleh?
---
Subuh
300414
Bangi
Jangan rasa diri itu besar.
Boleh?
Kau.
Jangan rasa diri itu kabir.
Kaf. Ba. Ro.
Kabir.
Besar.
Kaf. Ba. Ro.
Asal huruf yang sama.
Takbur.
Besar.
Kau.
Bila jumpa orang lain yang bikin masalah,
cubalah pandang diri atas bawah.
Boleh jadi orang itu bikin masalah,
hanya untuk mengkhabarkan,
yang bermasalah itu sebenarnya kau.
Kau.
Jangan pandang orang lain dulu.
Kau.
Pandanglah diri dulu.
Bila orang bikin masalah sama kau,
tolonglah fikir,
bahawa kaulah yang bermasalah,
bukannya dia.
Dia cuma nak beritahu,
cuma mungkin cara tak berapa betul.
Pandanglah diri.
Bukan orang lain.
Kau.
Tolonglah terima pekat-pekat.
Segala yang berlaku,
adalah hasil izin Tuhan juga.
Tuhan mahu ajar sesuatu.
Tahu?
Boleh jadi permasalahan yang dibuat orang lain sama kau,
adalah hasil jauhnya kau dengan Tuhan.
Jadi Tuhan mahu panggil kau,
agar kembali,
merenung diri.
Bukankah setiap masalah itu,
sebagai tanda Tuhan masih peduli?
Kau.
Jangan rasa diri itu besar.
Jangan rasa diri itu kabir.
Boleh?
---
Subuh
300414
Bangi
![]() |
Gelak besar segala iblis bila ada anak adam yang berasa BESAR, Ada GENG! Kata mereka. [Foto Google] |
0 comments
Nak tanya, boleh.
Nak bagi pendapat, boleh.
Saja nak komen, pun boleh.