cerita

Mengapa saya berkahwin?

11:30

Tak sedikit orang yang bertanyakan soalan begitu.
Saya berkahwin pada penghujung tahun 2014, ketika umur saya 25tahun.
Ramai yang bertanya kerana mereka terkejut dengan keputusan saya yang pada mereka mungkin agak tiba-tiba dan ala-ala drastik.
Alaaaa... mana ada drastik. Dah plan lama kot, cuma tak tahu dengan siapa je. Hihi. Saya berhajat untuk berkahwin dah lama, cuma mereka je yang tak tahu.
Errr... maksud saya, saya memang dah lama nak berkahwin pada umur 25tahun, cuma dengan siapa je masih jadi rahsia kepada semua orang termasuk diri saya sehinggalah beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu hari saya menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengan suami saya sekarang.

Mengapa saya berkahwin?





1) Menyempurnakan separuh agama

Haha. Aci tak jawab gitu? Jawapan lepas diri namanya tu.

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah. [HR Baihaqi dari Anas bin Malik]

Saya amat cemburu dengan kawan-kawan yang dah berkahwin. Lebih cemburu bila saya dapat tahu mengenai hadis di atas. Rasa macam mereka yang dah berkahwin tu, dah pun menghampiri Syurga. 


2) Umur saya pada tahun 2014 sudah pun 25tahun

Entah kenapa, sejak kecil, bila ditanya bila saya akan berkahwin, saya akan jawab yang saya akan kahwin pada umur 25tahun. Konfiden je. Padahal pada bulan Mei 2014 pun saya masih belum nampak bayangan bakal suami. Masih tercari-cari calon lah senang kata.


3) Nak bodyguard percuma

Ini sumpah serius. Saya kerja di kawasan yang baru nak membangun. Walaupun tinggal menyewa di rumah teres bersama 2 orang kawan yang lain, di kawasan tempat tinggal saya tu agak sunyi. Tak ramai orang di kiri kanan. Siap ada orang pernah cakap,

"Kalau apa-apa jadi kat kamu di kawasan rumah tu, entahlah siapa yang akan tolong. Orang pun tak ada untuk menolong."

Scary bukan? Tambah pula saya disogok dengan cerita samun di kawasan tempat tinggal saya tu. Lagi, saya keluar rumahpagi-pagi, malam karang baru balik. Selalu juga balik pukul 9-10malam. Nak buka pagar rumah pun menggigil kot. Sebelum keluar kereta, macam-macam doa saya sebut. Cuak sangat ok.
Jadi, dengan berkahwin, automatiknya saya dapat bodyguard percuma.



4) Kurangkan risau ayah bonda

Ini pun serius juga. Saya tahu yang mak ayah saya risaukan keselamatan saya yang jauh di mata mereka. Sakit demam tak ada orang nak jaga. Kalau sakit, saya takkan cerita pun pada mak ayah. Takmau mereka risau.


5) Nak jaga hubungan dengan ajnabi

Saya kerja kilang. Lebih kurang 98% kot lelaki kat tempat kerja. Tak selesa. Serius tak selesa bila dikelilingi lelaki. Dah nama pun kerja kilang, setakat kena piwit-piwit tu perkara biasa, yang duk bagi salam bila saya lalu, yang duk mesej tanya khabar, nak berkenalan tu jangan ceritalah. Ada je. Saya agak tak selesa dengan suasana begitu. Tak tahulah kalau ada perempuan lain yang suka.

Bila saya sakit ke, saya akan minta kawan-kawan lelaki ni lah tolong hantar ke klinik. Pernah juga saya minta tolong kawan lelaki untuk ambil dan hantar saya ke lapangan terbang. Mereka ni bagus. Sebab mereka akan bawa teman sekali. Maksudnya, tak adalah berdua je dengan saya. Mereka sedia maklum dengan saya yang mereka panggil ustazah. Bila saya minta tolong hantar ke mana-mana, mereka akan bawa kawan yang lain juga. Kawan perempuan ada je, tapi mereka takut untuk keluar drive malam-malam sebab kawasan rumah kami tu sunyi kan. Jadi saya terpaksa juga minta tolong dengan kawan lelaki.

Walaupun mereka bawa kawan, saya tetap tak selesa, sebab mereka masih lelaki. Jadi dengan berkahwin, saya mengharapkan tak ada lah lagi insiden piwit-piwit di kilang, dan tentunya saya dah tak perlu minta tolong orang lelaki lain untuk ke mana-mana. Dah ada hero kan? Hehe.



6) Nak jadi contoh teladan bahawa kahwin (baca : nikah) itu mudah

Ini memang betul. Pada saya, untuk kahwin, tak perlulah nak serabut sangat. Tak payah berhabis sangat. Yang simple cukup syarat je. Detail tentang persiapan kahwin saya, nanti saya cerita esok-esok ok.

Di sekeliling saya, ada beberapa pasangan lelaki-perempuan yang so called 'couple' yang asyik makan bersama, jalan bersama. Bahkan, ada yang sampai bercumbuan dalam kereta. Ada juga khabar angin tentang yang kantoi dalam bilik. Tapi mereka tak kahwin lagi. Saya malu bila dengar semua ini. Tak tahulah empunya diri rasa apa. Saya kasihan juga dengan mereka yang dengarnya saling menyayangi, tapi tak dapat kahwin lagi sebab nak kumpul duit dululah, nak kenal-kenal dululah. Yes, yes memanglah kena kumpul duit, kena kenal dulu. Tapi tak payahlah sampai menjerumuskan diri kepada perkara yang Allah larang.

Jadi, salah satu sebab mengapa saya kahwin adalah saya mahu tunjukkan pada mereka, bahawa kalau kita dah yakin seseorang itu jodoh kita, maka segeralah menikah. Sesungguhnya islam itu mudah. Kita je yang buat payah. 


Cukuplah 6 sebab mengapa saya berkahwin.

Moga boleh menjadi jawapan kepada sesiapa yang tertanya-tanya.

Baiklah baiklah semua.


Jaga diri.

Babai.


-gja-


You Might Also Like

0 comments