gla

Emosi wanita memang tak pernah stabil

16:36


Saya perempuan.
Sebagai perempuan, emosi tak stabil tu bukanlah perkara pelik.

Saya yakin, sesiapa yang bernama perempuan, memang akan bersetuju dengan saya.

Dah namanya perempuan, memang kita ni dikurniakan sifat yang pelbagai dan boleh mix antara satu perasaan dengan perasaan yang lain dalam sekelip mata.

Antara emosi yang bercampur baur itu, saya kongsikan di bawah. Ini hanyalah pemerhatian saya dan pengalaman sendiri aje ye.


Cepat marah tapi cepat sejuk

Pernah jumpa LadyBoss? Orang perempuan yang jadi boss. Dia boleh menyinga je kepada sesiapa yang buat hal (merepek dalam kerja) yakni yang kerja tak bagus, dan kemudiannya tiba-tiba boleh jadi terlalu lembut dengan pekerja lain yang bagus kerjanya.
Oh ye, selalunya LadyBoss akan amat pantang dengan pekerja yang tak berdisiplin ataupun buat kerja sambil lewa.


Bila marah, akan jadi lebih berani

Percaya atau tidak, perempuan akan menjadi lebih berani apabila dia dalam keadaan marah. Seseorang yang selalu takut-takut untuk bawa kereta di lebuhraya pun boleh memandu di lane paling kanan, jika dia berada dalam keadaan marah dek diperlekehkan.


Kalau gembira, ibarat mahu terbang

Ini betul. Sumpah tak tipu. Kalau ada sesuatu yang menggembirakan hatinya, dia akan berasa amat teruja. Kalau ada sayap atau kepak, kompem dah terbang sana-sini dah. Alaaa... tengok je lah timeline FB kita, kompem penuh dengan cerita bahagia jika dia baru berumah tangga ataupun dapat cahaya mata ataupun dapat result best dalam exam. Seremeh-remeh berjaya beli barang kesukaan pun dia akan update di FB kan?


Kalau sedih, bawa diri 

Duduk sorang-sorang, makan sorang-sorang, shopping pun sorang-sorang. Inilah petanda perempuan itu sedang bersedih. Sebenarnya kalau perempuan berasa sedih lalu dia menunjukkan kesedihannya (update status FB dll), tu maksudnya dia masih okai lagi. Yang tak okai takkan cerita di FB. Kalau cerita pun, mungkin secara kias-kias.


Bila stress, akan makan makanan manis

Hehe. Yang ni selalu jadi. Kononnya nak tenangkan diri dengan makanan kesukaan dengan harapan akan datanglah ketenangan. Dan iya, selalunya ia menjadi. (Ofkoslah untuk mendapat tenang, kena dekati Tuhan). Bila kita cherish diri kita, kita akan rasa yang kita ni masih OK sebab rasa dihargai (walau pun oleh diri sendiri ) maka kita akan perlahan-lahan 'menerima' apa yang terjadi.


Oh ye, emosi yang tak stabil ini akan lebih terserlah ketika perempuan itu mengalami PMS semasa kedatangan haid. Walaupun sebulan sekali, PMS ini memang akan membuatkan kita jadi serabut sendiri. Hehe...

Haid tak teratur secara pakejnya akan buatkan kita beremosi secara tak stabil.
Kalau yang teratur tu, kita boleh 'baca' cycle mood kita kan? Hehe...
Tapi yang tak teratur tu, secara pakejnya dia akan turut moody secara tak teratur pula.

Ini cerita benar seorang akak yang haidnya tak teratur.
Check it out...



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.



Pada saya, emosi perempuan yang pelbagai ini adalah suatu ciptaan dalam bentuk abstrak yang indah ciptaan Tuhan.

Walaupun selalu je dengar orang kata perempuan ni terlalu kompleks dan amat complicated, tapi saya rasa memang dunia ni jadi amat hambar kalau tak dipenuhi oleh emosi wanita tu.

Pada sayalah.

Bai.

You Might Also Like

0 comments