random

HIDUP MEMANG PERLU REDAH

08:00


Itu yang aku belajar
Lewat hari-hari yang berlalu
Kalau kita fikir banyak
Memang tak ke mana
Mungkin hanya jadi buang masa
Langkah entah ke mana

Hidup tak selalu jadi seperti yang kita mahu
Maka piihan terbaik adalah redah
Lalu kau redha


Ada orang pernah pesan
Tanda dewasanya kita
Bila kita bertanggungjawab
Atas apa yang kita putuskan

Tanggungjawab atas pilihan kita

Matang

Berani lah
Pandai buat pandai tanggung

Jangan baling batu sembunyi tangan
Itu pengecut

Dah buat keputusan
Lalu kau redah je apa yang dating
Kau kan ada Allah
Apa lagi yang kau runsingkan?

Kerisauan atas sesuatu keputusan
Adalah tanda kau tak cukup tawakal

Tanda kau tak letakkan percaya kau pada Tuhan
Yang Dia pasti akan jaga kau
Kalau kau benar harap padaNya

Okey mungkinlah kau masih ada percaya
Yang Tuhan akan bantu kau
Tapi mungkin tak cukup lagi?
Bukankah Tuhan itu mahu hanya Dia di Hati kau?
Maka segala percaya hanyalah layak pada Allah

Buang segala risau
Lepas kau fikir
Buatlah keputusan
Lalu redah apa yang datang
Redha pastikan di luar gelanggang
Agar kau tak terkeluar dari landasan
Bilamana yang mendatang itu kelihatan benar-benar menguji

Kau ada Allah
Jangan pernah resah
Hidup memang perlu redah
Lalu kau kan belajar erti tabah

--

Seremban
1646

241114

You Might Also Like

0 comments

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.