Seperti yang dah dicerita dalam entri
lepas, sistem imun adalah sistem yang maha penting untuk halang anasir jahat
memasuki tubuh, sekaligus bermaharajalela dalam darah kita.
Bila salah satu anasir tu masuk badan kita,
conthonya bakteria.
Bakteria ni ada je yang baik, tapi
kebanyakannya akan jadi jahat bila masuk dalam badan.
Bakteria ni jadi jahat bila dia mula
membiak dalam darah kita.
Beranak-pinakla senang kata.
Nota tambahan : Ada juga anasir yang
menyebarkan toksin bila dah masuk dalam darah. Padahal kalau lepak kat luar
badan, takde pulak nak sebar toksin ke apa.
Jadi, siapa yang perlu bina sistem imun ni?
Itu yang aku belajar
Lewat hari-hari yang berlalu
Kalau kita fikir banyak
Memang tak ke mana
Mungkin hanya jadi buang masa
Langkah entah ke mana
Hidup tak selalu jadi seperti yang kita
mahu
Maka piihan terbaik adalah redah
Lalu kau redha
Kepada sesiapa yang tak pernah jatuh sakit,
yang buatkannya terlantar.
Atau paling kurang, yang buatkan kerja
seharian terganggu.
Mungkin anda tak berminat untuk teruskan
membaca.
Saya baru sahaja lepas bertapa lima hari
empat malam di katil hospital.
Dek alergi ubat, kata doc.
Entahlah ubat apa, doc pun tak dapat cari.
Haha.
Alergi ni jadi sebab badan tak cukup kuat
sistem pertahananan (baca : sistem imun) untuk lindungi diri
Makanya, saya amat rasa terpanggil untuk
bercerita.
Betapa pentingnya menjaga sistem imun.
Biar kuat dan kukuh.
Baru susah mendapat penyakit.