CERITA KEHIDUPAN

Kahwin Itu Mudah

23:17

Selalu kita dengar, rungutan dan keluhan tentang payahnya nikah.

Terutamanya daripada golongan muda.


Kisah Satu

Banyak yang mengeluh tentang wang hantaran yang melampau tingginya.
Saya ada seorang kawan lelaki.
Dia menceritakan yang bakal mak mertuanya yang letak harga hantaran sebanyak RM12 ribu.
Telan air liur i dengar.
Bayaran majlis kahwin belah perempuan pun dia kena. Kira harga lain.
Kos untuk majlis belah lelaki kompemlah dia kena.
Duit sara hidup selepas kahwin, dah tentulah si lelaki ni juga.

Ceritanya lagi, dia bercinta dengan perempuan itu sejak zaman belajar.
waktu zaman belajar,  bakal mak mertua asyik tanya,

" Bila nak bawa rombongan (baca : datang bersama duit hantaran)?"

Dah nama pun pelajar, memang tak ada duit lah. Dia minta tangguh sehingga dia bekerja.
Nak kumpul duit dulu katanya.

Kini si lelaki baru memulakan pekerjaan tak lebih dari setahun pun.
Pada bulan pertama, belum sempat nak hujung bulan (baca : gaji tak masuk lagi), bakal mak mertua ulang soalan sama,

" Bila nak bawa rombongan (baca : datang bersama duit hantaran)?"

Nasib baiklah bakal mak mertua yang tanya.
Kalau tak, memang dah mengamuk sakan dah si lelaki ni.
Gaji pertama pun dia tak sempat merasa lagi, dah ditanya bila nak hantar rombongan.

Itu seorang punya cerita.

Ada lagi yang lain punye cerita.
Cerita daripada orang yang berbeza, tapi versinya serupa.
Hantaran tinggi sangat.

Kasihan pun ada dengan lelaki-lelaki.



Ada ke perempuan yang tak mahu cincin kawin? [Foto Ihsan Google]


Kisah Dua

Saya ada seorang kawan perempuan.

Dia pun bercinta bagai nak rak dengan teman lelakinya.

Dua-dua orang susah. Belajar tak tinggi mana.

Yang bagusnya, si perempuan ni boleh je terima si lelaki ini seadanya.

Disebabkan rumah mereka berdekatan (boleh jalan kaki je), maka mereka rancang untuk buat sekali je majlis. Sedara-mara dan sahabat handai dua-dua pihak akan datang untuk satu majlis yang sama la senang kata.

Yang si perempuan ni pula punyalah bagus. Takmau pun duit hantaran. Cukuplah bayar mas kahwin (mahar) sahaja. Dengar-dengar macam nak bagi quran. Tak tahulah sekarang jadi macam mana.

Saya ingat lagi, dia minta saya ceritakan padanya betul-betul tentang perbezaan mas kahwin dengan hantaran.

"Mas kahwin itu wajib. Tapi tak semestinya duit. Boleh je kalau nak bagi al-quran,nak baca sepotong ayat quran pun boleh. ada je dulu sahabat Nabi yang hanya bermaharkan potongan ayat quran, ada yang dengan lafaz syahadah. Mudah je kalau betul ikut sunnah." cerita saya kepadanya.

"Lagi satu, untuk majlis, tak jamu nasi minyak segala bagai pun tak apa. Kalau nak jamu karipap dengan sirap pada tetamu seorang satu pun ok. Nabi Muhammad pernah menjamu para tetamunya dengan snek (kurma) pada waktu itu. " tambah saya.

Nak dijadikan cerita, ibu perempuan ini agak menyukarkan keadaan.

Boleh pulak ibu dia minta duit RM5ribu daripada si anak, kemudian kalau nak buat majlis, perempuan itu kena uruskan sendiri.

"Dari kecik aku penat-penat bela kau, takkan kau nak kahwin free je?" ayat si ibu yang meruntun hati si anak perempuan.

Menangis tersedu-sedan si perempuan ini bercerita pada saya.

Kasihan.

Mengapa disusahkan perkara yang jelas mudah?

Ikatan yang sah itu mudah. Sebenarnyalah. [Foto Ihsan Google]



"Allah menghendaki kemudahan bagimu dan Dia tidak menghendaki kesulitan bagimu."
[Al-Baqarah 2 : 185]


"Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama."

[Al-Hajj 22 : 78]



Manusia ni banyak terikat dengan adat yang menyukarkan.

Tunang gempak-gempak, siap pelamin, mak andam bagai.
Vavavummm...

Yang risaunya, ada yang menganggap bertunang adalah lesen bagi pegang-pegang segala.

Kan mudah kalau bagi nikah je dulu. Majlis buat kemudian pun tak apalah.

Berbanding baru bertunang, masih hukum seperti ajnabi, kemudian ke hulu ke hilir tanpa arah tuju.
Siap pegang sana sini.

Kononnya kalau nikah dulu, lambat sikit naik pelamin, akan kurang seri pengantin.

Eh hellooo... Allah suka yang mana?

Pilihlah dengan akal. Bukan fikir cakap orang.


---

Err... err...
Nak kawin juga boleh?

-gja-

You Might Also Like

6 comments

  1. hehe. saya suka artikel ni. tak elok susah2kan perkara baik dalam agama ni. ye dok? hehe (lg 1x)

    ReplyDelete
  2. lebih elok kita halalkan perhubungan dengan menggalakkan anak berkahwin dari mereka terjebak dengan dosa nanti.

    ReplyDelete
  3. Tahniah aziza dah jumpa kumbangnya..
    betul tu, kalau dibikin susah2 urusan kawin ni, makin banyaklah masalah sosial

    ReplyDelete
  4. hehehe klakar... i cam pompuan no 2, simple je.. majlis pun share sekali

    ReplyDelete
  5. Pertama org kita ni sibuk dengan adat, tapi yang adat tu berubah2 ikut tempat , tapi yang paling obvious sekali masing2 nak menunjuk pada org sekeliling dan 'taknak kalah' dgn jiran. Tu yg problem smpai nak menyusahkan perkara yg mudah tu.

    Akak kawen dulu, alhamdulillah, sederhana. Mekap pun sendiri, PA system atau DJ pun takde, baju pun tempah je, takde sewa2.

    Nak kawen ke? Hehhe, mmg la, semua org nak kawen. InsyaAllah akan tiba saatnya nanti. Jgn risau. Akak kawen lambat, umur 31. Kalau dah jodoh tak ke mana.

    ReplyDelete
  6. @ireach

    kita mudahkan je apa yg dah memang mudah.


    @norhayati
    bestnya kalau semua ibubapa berfikiran macam tu...


    @siti nurafida
    hehe tenkiu2. bilalah nak jumpa2 sembang2 ni...



    @yeen
    waaah bestnya.. simple tu dahlah mudah, insyaAllah berkat...


    @lyd
    yang terikat adat memang selalu juga bagi kesukaran.. kawan2 sy ada je yg still membujang sbb nak bagi setel perihal adat. kesian je..

    ReplyDelete

Nak tanya, boleh.

Nak bagi pendapat, boleh.

Saja nak komen, pun boleh.