random

Jangan Fikir Banyak

01:33

Itu yang selalu aku pesan pada diri.

Terutamanya bila perlu buat keputusan kritikal.

Setakat aku hidup,
banyak perkara yang kalau aku tak fikir banyak,
lalu aku buat sesuatu keputusan,
itulah yang baik bagiku.

Entah.
Mungkin aku jenis yang banyak merapu,
kalau fikir banyak.
Lepas tu mulalah tak tahu nak buat keputusan.
Sebab tu aku ajar diri aku,
supaya kurang berfikir untuk hal kritikal (baca : perkara penting).



Mak pernah pesan,
banyak benda dalam hidup ni,
akan jadi tak seperti kehendak kita.
so tak payah nak fikir sangat lah.
Fikir sikit-sikit,
lepas tu buat keputusan,
lepas tu redah je apa yang mendatang.
Kalau fikir banyak-banyak,
kita cenderung untuk menyempurnakan segala kekurangan,
dengan harapan keputusan nanti akan jadi cantik.

Tak.

Dalam hidup ni,
banyak perkara jadi tak seperti kita rancang.
Berhenti untuk fikir banyak.
Tak usah detail segala.

Tuhan memang nak kita selalu tawakkal.

Sebab tu banyak perkara yang jadi tak seperti kita mahu.
Tak seperti dirancang.

Bukankah tawakal itu tanda iman yang tinggi?

Pabila seseorang hamba selalu bertawakal,
maka ketika itu dia sedang mengakui kehambaan,
ketidakmampuan diri.
Di saat itulah pertolongan Tuhan selalu datang.

Lalu apa lagi yang kita mahu dalam hidup?
Selain kehadiran Tuhan di sisi?

Maka tak usah kau fikir banyak.

Fikir sikit-sikit.
Lalu redah je apa yang mendatang.

Ok?




You Might Also Like

3 comments