sihat

Diet sudah lama, tapi tak kurus juga. Aiyooo~ apa pasal?

08:00

Salam semua.

Ramai orang yang diet sebab nak kurus.

Tak kurang juga yang berdiet untukmenjaga kesihatan.

Dan ramai juga yang sudah jenuh berdiet, tapi tak kurus-kurus.

Pelik?

Itu normal bagi orang yang mempunyai ciri berikut :

1. Skip sarapan pagi

Alahai cik adik, kalau kita skip sarapan, nanti perut kita akan lebih lapaq pada waktu tengah hari, sekaligus mendorong kita untuk makan lebih banyak daripada biasa.



Saya memang jenis tak boleh start hidup kalau tak bersarapan, walaupun secawan susu. So, saya sedikit hairan dengan orang yang boleh buat apa-apa kerja, pergi sana-sini dalam keadaan tak bersarapan. Hihi, sori i memang rasa pelik.

2. Makan secara tak berdisiplin

Sesuka hati je nak makan waktu bila, nak makan apa, nak makan banyak mana.

Untuk perempuan, paling kritikal waktu mahu-datang-bulan . Simptom mengada-ngada seperti nak makan kek, tetiba nak makan aiskrim pukul 11malam,tetiba nak makan pizza, nak tu, nak ni...Macam-macamlah. Haaa ni sedikit sebanyak mengganggu diet kita tau.

Boleh je kalau nak makan gitu. sesekali bolehlah... Jangan buat selalu. Tapi, kenalah banyak minum air masak selepas tu, biar bantu sistem badan kita yang bekerja amat keras bila kita makan pelik-pelik gitu.

3. Suka makan snek antara waktu makan

Hoi hoi hoi. Itulah yang makin menyukarkan kita untuk kurus. Boleh je makan snek, tapi pilihlah yang berkhasiat. Makan buah ke, kacang ke... Bertidak bijak okeh.

4. Suka makanan segera

Fast-food. Instant-food. Yang ini femes untuk kalangan pelajar. Femes juga buat orang bekerjaya yang konon bizi sampai tak sempat makan. Menda sebegini banyak perasa tiruan, pewarna tiruan. Dahlah tak berkhasiat, merosakkan badan pulak.

Sekali sekala je lah ye. Tu pun kalau dah teringin sangat.

5. Kurang minum air

Percaya atau tidak, ada je manusia yang steady je kalau hanya minum 500ml air (saiz standard 1 botol kecil air mineral ). Tak cukup tu adik...

Badan kita perlu air yang banyak. Amalkan paling kurang 2liter sehari. Minum sikit-sikit. Lama-lama akan biasalah minum banyak.

Rasionalnya begini... Kalau sinki kat rumah kita tu, setiap hari kita tuang makanan dalam tu. Tapi kita cuma curah sebotol kecil air kosong untuk basuh sinki tu. Agak-agakla, akan bersih ke sinki tu?

Pikir ikut mana pun, memang tidak lah jawapannya.

Kena ada banyak air, barulah sinki tu jadi bersih. begitu jugalah perut kita ye semua.
Banyakkan minum air okeh.

6. Suka melepak dengan si kaki makan

Ini pun masalah juga. Orang tu nak makan, kita pun join sekaki.
Aisehhh.


Sekian perkongsian daripada saya.


Nak tidur dah.


Babai.

---

Tengah Malam
220814


You Might Also Like

1 comments